UMNO Online

Kematian Demokrasi, Kegagalan, Retorik, Bankrap Idea, Agenda Persendirian Dalam PKR.
KUALA LUMPUR, 8 Feb. – Demokrasi tidak wujud lagi dalam PKR, hanya kepimpinan diktator! Janji pakatan rakyat untuk “merakyatkan ekonomi” di Selangor, kini terbukti hanya membebankan rakyat miskin.

Malah pemimpin PKR bertelingkah sesama sendiri di Sabah, Pahang dan terkini di Pulau Pinang.

Serentak dengan itu mereka menyeru semua orang Melayu untuk kembali kepada perjuangan asal demi agama, bangsa dan tanah air.

“Kebelakangan ini, kita juga dengar saranan daripada kepimpinan PKR seperti Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Ketua Penerangan supaya ahli PKR yang tidak sehaluan dengan kepimpinan parti  keluar parti.

“Oleh yang demikian, jelas demokrasi dalam PKR sudah tidak wujud lagi, hanya “diktatorship” saja yang menjadi amalan,” kata bendahari PKR Wilayah Persekutuan, Norasidi Salim selepas membuat pengumuman keluar PKR dan seterusnya menyerahkan borang ahli UMNO kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, malam ini.

Turut menjejak langkah beliau itu ialah bekas timbalan ketua bahagian PKR Putrajaya, Azmi Hassan, ketua unit perang saraf PKR Bandar Tun Razak,  Ishak Hamzah, ahli jawatankuasa PKR Putrajaya, Daud Ahmad dan penggerak reformis, Mohd Salleh Ibrahim.

Norasidi berkata, keputusan keluar PKR dilakukan setelah berfikir “masak-masak” dan menghalusi perjuangan PKR. “Apa yang kami dapati PKR tidak ada perjuangan membela rakyat yang jelas, malahan setiap tindak-tanduk kepimpinan parti diselubungi oleh agenda persendirian.

Selepas PRU 2008, rakyat mempunyai harapan besar terhadap PKR. Bagaimanapun pemimpin PKR gagal memperjuangkan nasib rakyat, sebaliknya bertelingkah sesama sendiri seperti yang berlaku di Sabah, Pahang dan terkini di Pulau Pinang.”

Beliau menegaskan slogan ‘merakyatkan ekonomi’ di Selangor hanya retorik, Kerajaan Selangor menaikkan sewa rumah murah daripada RM124 sebulan kepada RM250. Tindakan itu tentunya membebankan rakyat miskin di Selangor.

Katanya, Kerajaan Selangor yang dipimpin PKR juga mempunyai dasar yang bercanggah dari sudut pembangunan, kononnya mereka mementingkan alam sekitar. Tetapi mereka melibatkan diri secara terus dalam mengambil pasir sehingga memberi impak negatif kepada alam sekitar dan ekonomi negeri.

“Tanah yang digali pasirnya, nilainya tidak sama dengan tanah yang asal. Sudah tentu ada susut nilai di samping impak alam sekitar jangka panjang pada keseluruhannya. Hanya kerajaan yang bankrap idea sahaja akan menjadikan perusahaan pasir sebagai perusahaan utama.”

Norasidi berkata, mereka terkejut apabila Kerajaan Selangor mengumumkan penyelamatan Talam Bhd dan membeli “distress asset” dengan harga pasaran tanpa diskaun. Malah mereka mencari bank untuk membiayai pembelian itu.

“Rakyat memandang rescue plan itu sebagai membela kaum kaya, jauh tersasar daripada slogan merakyatkan ekonomi. Banyak lagi  isu yang membuktikan Kerajaan Selangor bukan sahaja gagal menangani dengan baik masalah rakyat, tetapi langsung tidak peka dengan perjuangan membela rakyat.”

Menurutnya, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak (Khalid) juga jarang kelihatan dan jika hadir pun hanya sebagai “VVIP merasmikan majlis”.  “Rakyat mengundi untuk mendapatkan ahli parlimen bukan VVIP. Di manakah janji beliau untuk membela orang-orang tua, ibu tunggal dan mereka yang berpendapatan rendah?

“Di manakah janji beliau untuk mendapatkan pekerjaan kepada belia dengan gaji minima RM2,000? Janji hanya tinggal janji!”

Norasidi berkata,  kepimpinan UMNO kini berusaha gigih untuk mentransformasi UMNO sesuai dengan kehendak rakyat. UMNO sudah mempunyai budaya politik yang terbukti dan berpengalaman melalui onak dan duri perjuangannya.

“Kami yakin UMNO dapat kembalikan kepercayaan rakyat dan mentadbir negara dengan baik demi kesinambungan kesejahteraan rakyat. Kami sendiri bosan dengan sikap menuding jari PKR dan apabila diberi kuasa tidak dapat mentadbir dengan baik dan adil.”

Rakyat Kecewa Dengan Pentadbiran Lim Guan Eng
KEPALA BATAS, 7 Feb — Kebangkitan rakyat Pulau Pinang menyatakan bantahan secara terbuka terhadap kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng, adalah bukti jelas mereka tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran dan pendirian beliau, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah yang juga anggota Parlimen Kepala Batas berkata perkara itu nampak semakin jelas dan ketara kerana mereka yang mengkritik adalah pemimpin parti dalam pakatan pembangkang sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Itu menunjukkan satu tanda kelemahan sejak Setiausaha Agung DAP berkenaan mengambil alih kepimpinan sebagai Ketua Menteri dan situasi ini akan berlarutan serta membawa kelemahan kepada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ang pow dan barangan sempena Tahun Baru Cina di sini, Ahad.

Hadir sama pada majlis itu, tiga anggota Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Kepala Batas iaitu Datuk Azhar Ibrahim (Penaga), Datuk Roslan Saidin (Pinang Tunggal) dan Zabariah Wahab (Bertam) serta beberapa pemimpin masyarakat Cina.

Kerajaan negeri pimpinan DAP dikritik hebat sejak kebelakangan ini dengan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Zaharin Mohamed Hashim daripada PKR, melabelkan Lim sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.

Selain itu, Anggota Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, juga daripada PKR turut mengkritik Ketua Menteri dengan mendakwa pentadbiran kerajaan negeri meminggirkan Anggota Parlimen PKR serta tidak boleh dikritik.

Malahan Jumaat lepas, kira-kira 3,000 anggota daripada 50 pertubuhan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi bagi menunjukkan bantahan terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang didakwa meminggirkan orang Melayu.

Mengenai dakwaan kononnya Umno menjadi dalang terhadap kebangkitan berkenaan, Abdullah berkata Umno tidak berbuat demikian dan tidak ada kaitan dengan permasalahan yang berlaku dalam pakatan pembangkang sebaliknya ia adalah suara ketidak puasan hati anggota mereka sendiri.

Dalam perkembangan lain, Abdullah menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar menyatakan pendiriannya berhubung cadangan mengadakan pertemuan antara parti itu dan Umno seperti yang disuarakan semula oleh Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Katanya sebarang ketetapan sama ada mahu mengadakan pertemuan itu bergantung kepada keputusan Presiden PAS sendiri dan bukannya mengikut kata putus Mursyidul Am berkenaan.

“Umno sentiasa bersedia untuk berbincang berhubung isu itu dan sekiranya kepimpinan PAS pusat bersetuju untuk mengadakan pertemuan berkenaan, perkara itu wajar di teruskan. Pertemuan itu satu tindakan yang baik dan PAS perlu melihat perkara itu dari sudut yang positif jika mahu mengadakan pertemuan sedemikian,” katanya.

– BERNAMA

Galeri UMNO, Wadah Perjuangan Bangsa
GALERI UMNO yang telah diberi nafas baru kini dibuka kepada orang ramai untuk dikunjungi serta menghayati pameran pengkisahan perjuangan para pemimpin UMNO yang terlibat dalam perjuangan parti sebelum dan selepas kemerdekaan hinggalah kepimpinan sekarang.

Galeri yang bertempat di aras empat, Menara Dato Onn ini dibuka pada setiap hari daripada Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang yang turut menempatkan Kafe Merdeka, yang membolehkan pengunjung membuat ulangkaji sambil menikmati hidangan ringan.

Pas Islamik Ke?
Assalamualaikum,

“UMNO tolak Islam…’’ Itulah  fitnah berulang-ulang dan kata-kata meloyakan dan penuh bernanah yang keluar dari mulut pemimpin idola penyokong taksub Pas, Nik Aziz Nik Mat!

Anehnya,  pembentukkan kerajaan dengan UMNO ditolak, kerjasama dengan DAP diterima.

Kalau kerajaan yang ada ditumbangkan, yang akan jadi pemimpin adalah DAP, bukan Pas, yang ibarat melukut di tepi gantang!

Pas ada berapa kerusi untuk mengetuai pakatan  gerombolan pembangkang?

Soalnya betulkah dengan memfitnah UMNO tolak Islam tetapi menerima DAP, perjuangan Pas betul-betul selari dengan Islam.

Sekiranya ada ahli dan pemimpin Pas meninggal dunia, ahli-ahli UMNO yang sama juga seperti Pas, bersembahyang lima waktu menghadap kiblat yang sama, mengucap syahadah yang sama, akan  menghadiahkan al fatihah dan mendoakan Allah merahmati roh mereka, bukan Kit Siang, Guan Eng, Sivarasa, Elizabeth Wong, Ronnie Lui  dan Karpal yang tanpa berselindung menolak Islam!

FIRMAN ALLAH, mafhumnya;

“Allah tidak menyukai ucapan-ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi maha Mengetahui” – An Nisaa’: 148.

Orang Pas kata kepada orang UMNO macam-macam. Menate, toghut, sama dengan komunis, sama dengan ajaran Sesat Ayah Pin.

Kalau saya terus sokong Pas yang kononnya Islamik, apakah wajar! Saya rasa amat bersalah dan berdosa.

Sedangkan Allah tidak menyukai ucapan-ucapan yang buruk. Kalau saya belum temui ayat berkenaan, tak apalah kalau saya terus cenderung pun. Tapi ini ayat Allah! Takkan saya nak tolak.

Sementara saya bertemu dengan ayat al-Quran lain serta hadis yang membuktikan Allah atau Rasul-Nya sukakan ucapan yang buruk, maka saya kena kekal menentang Pas.

“JIka kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa” – An Nisaa’:149.

Allah berfirman lagi : “Apakah yang menghalangmu untuk bersujud (kepada Adam) diwaktu aku menyuruhmu menjawab iblis: saya lebih baik daripadanya. Engkau ciptkan saya dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah” – Al-’Araaf:12.

Riak, sombong, angkuh, bongkak, takbur dengan menganggap kita lebih mulia dari orang lain, dimurkai Allah. Walaupun ayat berkenaan ditujukan kepada iblis tetapi ia terpakai untuk rujukan serta teladan dan sempadan kita kerana al-Quran relaven hingga kiamat.

“Janganlah orang-orang mu’min mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang mu’min. Barangsiapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali kerana (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu)” – Ali ‘Imran:28.

Skuad Sayang Bahagian Ampang Tekad Menangi Hati Rakyat
AMPANG, 7 Feb. – Skuad Sayang Wanita UMNO Bahagian Ampang bertekad untuk terus aktif bukan sahaja dalam hal-hal membabitkan kemasyarakatan dan kebajikan tetapi juga untuk mendekati masyarakat dalam segala aspek.

Ketuanya, Prof. Madya Dr. Rozaidah Talib menegaskan bahawa berlandaskan aktiviti kemasyarakatan tersebut, pergerakan secara terancang akan berjalan dengan lancar untuk turun ke semua peringkat di akar umbi tanpa melihat kepada fahaman dan sokongan politik pihak terbabit.

Majlis pelancaran Skuad Sayang Bahagian Ampang tersebut yang telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Skuad Sayang Negeri Selangor merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Selangor, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah di Dataran Pusat Komersial, Bangunan Ara di sini.

Dalam ucapan perasmiannya, Raja Ropiah memaklumkan bahawa Skuad Sayang ini adalah salah satu pembaharuan yang diilhamkan oleh Ketua Pergerakan Wanita sendiri, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam merialisasikan hasrat kerajaan untuk mendekati rakyat.

Katanya, Skuad Sayang tersebut bukanlah menjurus kepada pergerakan Wanita sahaja tetapi ia juga turut melibatkan rakan-rakan kompenan dan golongan badan bukan kerajaan (NGO) termasuklah golongan bapa.

“Skuad ini bukanlah untuk tujuan memenangi pilihan raya sahaja tetapi apa yang lebih penting adalah untuk mendekati rakyat, memenangi hati dan minda rakyat kerana ternyata bahawa hanya BN sahaja yang mampu menjaga keperluan rakyat,” katanya.

Tegas beliau lagi, untuk tujuan memenangi hati dan minda rakyat ini, paling penting adalah pelaksanaan kerja dengan ikhlas dan berkhemah berlandaskan pendekatan yang sesuai mengikut kawasan masing-masing.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegerusi Skuad Sayang Malaysia, Datin Reny Rohayu bersama-sama dengan barisan ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Ampang termasuklah rakan-rakan kompenan dari parti MCA, MIC dan PPP.

Kesempatan dalam majlis tersebut juga digunakan untuk Skuad Sayang menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin dan golongan yang kurang berupaya di kawasan tersebut.

Kesedaran Baru Rakyat Sokong BN – Muhyiddin
JERLUN, 6 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin, Barisan Nasional (BN) akan kembali  memperoleh kejayaan besar dalam pilihan raya umum akan datang berikutan wujudnya  apa yang beliau sifatkan sebagai  kesedaran baru rakyat dan keyakinan  terhadap keikhlasan kerajaan BN membela nasib mereka.

Bagaimanapun, ujar beliau, kesedaran baru rakyat itu harus  diterjemahkan menerusi  inisiatif, program-program membela rakyat  dan tindakan proaktif kepimpinan BN pelbagai peringkat untuk terus mendampingi rakyat dan menjuarai  kehidupan  mereka.

“Inisiatif ini mesti dilakukan secara bersungguh-sungguh, sepanjang masa dan menerusi  program bersepadu yang akan memberi perubahan dan pembaharuan kepada rakyat, seperti yang dijanjikan oleh kerajaan BN. Saya lihat ada harapan cerah di masa hadapan,’’ ujar beliau.

Muhyiddin yang juga  Timbalan Presiden UMNO berkata demikian ketika melancarkan Program Juara Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, Jerlun, peringkat negeri  Kedah.

Lebih 20,000 rakyat daripada semua pelosok negeri Kedah hadir pada program Juara Rakyat yang diadakan pada 5 dan 6 Februari . Pelbagai program disusun untuk menjadi  juara dalam persaingan memenangi hati, minda dan sokongan rakyat.

Muhyiddin mahu pemimpin-pemimpin BN berganding bahu dan bekerjasama menjuarai nasib rakyat dan bekerja dengan bersungguh-sungguh  untuk membawa perubahan membangunkan negara.

Katanya,  kerajaan amat sedar  bahawa amalam sistem demokrasi berparlimen membolehkan rakyat menggunakan kuasa mengundi  mereka untuk menentukan  parti yang mentadbir sesebuah negeri atau negara.

“Kita ambil iktibar keputusan Pilihanraya Umum 2008. Rakyat beri isyarat kuat. Malah di sesetengah negeri, kita tewas. Mengapa ini berlaku sedangkan lebih 50 tahun memerintah, BN telah banyak memperjuangkan nasib rakyat.

“Kita menjuarai  kehidupan rakyat . Bagaimanapun pembangkang membina persepsi BN tidak amalkan tradisi membela rakyat dan kerana persepsi yang tidak betul itu, rakyat terpedaya dan menolak kita,’’ katanya.

Pembangkang, ujar beliau, melemparkan pelbagai fitnah sehingga ramai rakyat terpengaruh dan BN tidak mendapat sokongan dua pertuiga di parlimen.

“Bagaimanapun, Allah sayangkan kita. BN diberi amanah untuk terus memerintah Malaysia,’’ kata Muhyiddin.

Beliau memberitahu, tempoh masa pilihan raya ke 13 tidak lama lagi. Pilihanraya pasti akan dating dan rakyat sekali lagi akan membuat penentuan.

Oleh itu, ujar beliau, BN mesti buat sesuatu untuk mengubah pandangan rakyat supaya menyokong  kerajaan. Sentiasa bersama rakyat. Dampingi mereka. Dengar keluh kesah dan selesaikan masalah mereka.

Menurut beliau, Program Juara Rakyat merupakan program BN untuk meningkatkan kehidupan rakyat.

“Ini  program rakyat. Program kita. Bukan hanya untuk UMNO tetapi tidak kira siapa sahaja, asalkan mereka rakyat. Kita akan terus juarai nasib dan kehidupan mereka,’’ kataya.

Oleh itu, tambah Muhyiddin, kerjasama dan perpaduan harus terus dipertingkatkan.

Dalam sidang media selepas majlis pelancaran itu, Muhyiddin berkata:

“Jangan jadi seperti pembangkang. Tembelang mereka sudah pecah. Bagaimana mereka hendak tadbir negeri  dan bekerjasama sekiranya tidur satu bantal, mimpi lain-lain,’’ ujar beliau.

Menurut Muhyiddin, rakyat sudah sedar dan dapat melihat bahawa pembangkang sentiasa sibuk berpolitik sesama sendiri dan soal memperjuangkan nasib rakyat bukan lagi agenda utama mereka.

Menjawab pertanyaan adakah pilihan raya kecil dijangka akan diadakan di Kota Seputih dan sebab itu diadakan Program Juara Rakyat di sini, Muhyiddin menjelaskan:

“Ada atau tidak pilihan raya,  itu secara kebetulan. BN terus tetap bekerja dan menyusun program bersama rakyat sepanjang masa. Pemimpin semua peringkat sentiasa mendampingi rakyat,’’.

Beliau mengajak rakyat menilai gabungan pakatan pembangkang yang kini dilanda pelbagai masalah.

“Ini bukan kerja BN seperti yang mereka tuduh.  Mereka berhadapan  masalah dalaman dan krisis kepimpinan dan tidak yakin rakyat serta ahli mereka sendiri melihat pemimpin pembangkang menangani dan menyelesaikan masalah,’’ katanya.

Kerjasama Antara Kaum Sentiasa DiMantapkan – PM
JERLUN, 5 Jan. – UMNO akan sentiasa memantapkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu negara yang kuat dan bersatu berteraskan Perlembagaan, kata Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

UMNO, tegas Perdana Menteri, sebagai komponen utama Barisan Nasional (BN) akan meneruskan kerjasama dalam menjuarai kehidupan rakyat.

“UMNO dan BN mesti berazam untuk terus menjadi juara, bersifat sebagai juara dan berani sebagai juara dalam memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Kedah yang diadakan pada 5 dan 6 Februari di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, Jerlun di sini. Program tersebut akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Najib berkata, UMNO dan BN harus bersedia untuk bergerak secara bersepadu, menjangkau setiap aspek kehidupan rakyat sehingga ke akar umbi, dari barat ke timur, dari utara ke selatan.

“Saya yakin, dengan transformasi berteraskan gagasan 1Malaysia dan dengan tekad menjuarai perjuangan rakyat serta menjuarai pembelaan rakyat, InsyaAllah kita akan berjaya,” katanya.

Menurut Najib, menjadi juara dalam persaingan memenangi hati rakyat, minda dan sokongan rakyat merupakan antara cabaran hebat dalam dunia tanpa sempadan.

Beliau berkata, menjadi juara dalam menyelesaikan masalah rakyat, perlu dilaksanakan dengan penuh amanah, bijaksana, cekap, dedikasi dan efektif.

Semua pendekatan ini, tegas beliau, adalah untuk memastikan rakyat merasai hampirnya UMNO dan BN dalam merungkai kekusutan, kesusahan dan apa juga permasalahan mereka dan bagi memastikan Program Juara Rakyat ini mencapai kejayaan.

Kata Najib, UMNO telah sekian lama menjuarai perjuangan rakyat sejak sebelum kemerdekaan hingga ke saat ini dan amatlah mustahak untuk semua pihak bergabung fikiran, usaha dan tenega memastikan keunggulan ini berterusan.

Beliau memberitahu, yang paling penting adalah rakyat mendapat kebaikan yang sepenuhnya, sejajar dengan hasrat kerajaan, iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Ini juga, kata Perdana Menteri, bertepatan dengan perjuangan UMNO yang sentiasa mendukung cita-cita mengekalkan maruah dan martabat Agama, Bangsa,Tanahair.

Beliau bersyukur ke hadrat Allah kerana atas izin dan kurniaNya Program Juara Rakyat dapat dilancarkan dan diisi dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dengan teliti. Ia akan dilaksanakan pada setiap bulan di setiap bahagian di seluruh negara.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dalam perutusan yang sama berkata, menjadi juara kepada rakyat bermakna ahli-ahli dan pimpinan UMNO menunjukkan contoh terbaik untuk menyelesaikan permasalahan rakayat, sesuai dengan peranan UMNO sebagai parti tunjang BN.

“Semangat permuafakatan dan toleransi  sesama pelbagai kaum, hendaklah sentiasa tersemat sebagai prinsip hidup setiap ahli UMNO dan parti-parti komponen BN kerana inilah kunci kepada kemajuan dan kemakmuran negara,” tegas beliau.

Muhyiddin berkata, Juara Rakyat bukan bermakna menjadi juara kepada kelompok tertentu sahaja dalam masyarakat tetapi kepada semua.

Setiap ahli UMNO, katanya, perlu menjadi juara bukan saja ketika berlaku isu atau bencana tetapi juga sentiasa mengambil tahu kebajikan rakyat berbilang kaum sepanjang masa.

“UMNO akan bertambah kukuh dan perkasa jika setiap ahli menyemai semangat setia berkorban demi Agama, Bangsa, Tanahair. Tidak ada pengorbanan atau perjuangan yang lebih mulia daripada membantu orang lain keluar daripada kesusahan tanpa mengiran balasan,” kata beliau.

Beliau mendoakan semoga program Juara Rakyat akan terus dihayati dan dilaksanakan di setiap bahagian oleh ahli dan pimpinan UMNO dan BN yang melibatkan semua rakyat di kawasan masing-masing.

Tolak Perpaduan Tapi Mahu Perbincangan?
KOTA BHARU, 5 Feb. – Dolak-dalik berkaitan perpaduan antara UMNO dan PAS bukanlah satu perkara baru malahan ia pernah mendapat liputan meluas dan perhatian masyarakat yang mahukan perkara tersebut menjadi realiti, namun sikap PAS menghampakan.

Selepas menafikan apa yang pernah diluah berkaitan perbincangan kerajaan perpaduan lantas akhirnya UMNO dipersalahkan, terbaru difahamkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu UMNO dan PAS duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.

Dikatakan bahawa Menteri Besar Kelantan itu berkata pemimpin UMNO perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu-isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.

Apa yang pasti, kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Nik Aziz dalam satu seminar yang diadakan di Pusat Tarbiah Islam (Putik) di sini, menunjukkan ketidakseimbangan dalam pendirian dan prinsipnya yang sering berubah-ubah.

Ramai pihak yang bercakap tentang perpaduan dan impikan kesejahteraan berpanjangan dengan kerjasama pelbagai parti biarpun berbeza bangsa, agama dan kepercayaan selain fahaman idealogi yang tidak sehaluan.

Namun demikian, dengan tentangan pendapat yang tidak ada persefahaman dalam pakatan campuran apatah lagi apabila memperkatakan berkaitan cadangan idea kerajaan perpaduan oleh Presiden PAS, Hadi Awang menampakkan bahawa ada yang tidak kena.

Untuk menilainya, lihatlah sendiri kronologinya:

1. 5 Jun – Presiden PAS, Abdul Hadi dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati, mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO bagi menyelesaikan masalah negara.

2. 5 Jun – Calon Timbalan Presiden, Husam Musa berpendirian cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan parti itu dan melihat ia tidak sesuai dilaksanakan.

3. 6 Jun – Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa sekali lagi menegaskan bahawa kesediaan untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO merupakan keputusan yang dibuat oleh parti dan bukannya beliau sebagai individu. Mengenai idea kerajaan perpaduan beliau menjelaskan, ia membabitkan soal perbincangan tentang isu yang boleh memberikan kebaikan kepada negara.

4. Abdul Hadi memaklumkan bahawa konsep kerajaan perpaduan diiktiraf dan diterima oleh DAP dan PKR. ‘Namun dalam reaksi segera mereka, DAP dan PKR menafikan perkara tersebut. Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali menyangkal dakwaan Pas bahawa PKR menyokong pembentukan kerajaan perpaduan. ”Pada masa yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut menyangkal dakwaan Abdul Hadi bahawa parti berkenaan positif mengenai kerajaan perpaduan.

5. 7 Jun – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, parti itu akan membincangkan cadangan kerajaan perpaduan dengan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Presiden akan datang.

6. 7 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan keterbukaan UMNO terhadap konsep kerajaan perpaduan hasil idea Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin adalah bukti bahawa kerajaan tidak pernah menutup ruang untuk sebarang jalinan kerjasama dengan mana-mana pihak.

7. 8 Jun – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang nyata tidak dapat menyembunyikan rasa tidak senang hati terhadap isu kerajaan perpaduan. Malah dilaporkan juga bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu secara terbuka telah menafikan kenyataan Presiden Pas yang mengatakan ada memberi penjelasan kepada pimpinan pakatan pembangkang mengenainya. Kemarahan Guan Eng terluah sendiri dengan anggapan ke atas Hadi sebagai orang kuat beragama bukan saja perlu menjawab pada DAP dan pakatan pembangkang tetapi juga pada Tuhan. Guan Eng berkata PAS tidak memberitahu apa-apa kepada mereka mengenai hal itu.

8. 9 Jun – Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat mengulangi pendirian peribadinya untuk terus menolak cadangan mengadakan sebarang rundingan atau menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO. Menurutnya, isu kerajaan perpaduan yang ditimbulkan sebelum ini bukan dasar Pas sebaliknya dikemukakan oleh ahli dan ia diperhalusi di peringkat jawatankuasa parti itu.

9. 9 Jun – Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Mustapha Ali telah meminta semua pimpinan PAS dan pakatan pembangkang berhenti bercakap mengenai hal kerajaan perpaduan. Katanya perbincangan untuk tujuan itu tidak relevan buat masa ini.

10. 10 Jun – Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta Pas menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO. Menyatakan kesabaran parti itu ada hadnya, Karpal berkata, Pas tidak sepatutnya meneruskan agendanya itu yang akan menjejaskan lagi pakatan pembangkang. Katanya, Pas sepatutnya tidak bersikap keterlaluan dengan membuat kenyataan, terutamanya untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.

11. 11 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas golongan dalam parti itu yang terus mempertahankan cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan sambil menyifatkan mereka sebagai ‘boneka UMNO’. Malah beliau yang sebelum ini lantang menolak idea kerajaan perpaduan sejak ia dicetuskan oleh Abdul Hadi menggambarkan cadangan itu sebagai ilham UMNO sendiri.

12. 11 Jun – Idea kerajaan campuran masih kabur, malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri berdolak-dalik sewaktu mengulas mengenainya. Walaupun diasak, Abdul Hadi berkata, beliau akan membuat penjelasan sekiranya ditanya oleh ahli parti dan kepimpinan pakatan pembangkang.

13. 14 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya merupakan nasihat awal. Namun beliau mengingatkan bahawa nasihatnya itu mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggapnya sebelum ini sebagai ‘ilham’ UMNO.

14. 12 Jun – Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini menyelar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan Presiden Pas itu sebagai memalukan pakatan pembangkang berikutan cadangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO. Sehubungan itu, Karpal meminta Abdul Hadi memohon maaf kepada bukan sahaja DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai rakan dalam pakatan pembangkang tetapi juga kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Cadangan untuk berunding dengan UMNO adalah satu pelanggaran secara nyata terhadap kejujuran kerjasama dalam pakatan pembangkang.

15. 16 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam komen terbarunya menegaskan beliau melihat PAS ikhlas dengan cadangan itu perpaduan dan UMNO tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh membawa kepada kebaikan negara.

16. 16 Jun – Timbalan Presiden PAS, Nashruddin Mat Isa pula ketika mengulas penegasan Najib tersebut menyifatkan ia kenyataan satu langkah ke hadapan.

17. 16 Jun – Anwar Ibrahim menegaskan bahawa PKR bersedia berbincang dengan Perdana Menteri dalam isu lain tetapi bukannya soal kerajaan perpaduan.

18. 17 Jun – Datuk Nik Aziz yang bantah habis bincang perpaduan dengan UMNO minta Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa keluar PAS dan masuk UMNO.

19. 17 Jun – Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar kata Presidennya ada kebijaksanaan selesaikan isu kerajaan perpaduan tetapi enggan ulas kenyataan Nik Aziz suruh Nasharudin keluar parti.

20. 17 Jun – Menteri Besar Kedah, Azizan Razak kata tidak wajar Nik Aziz buat kenyataan melulu minta Nasharudin letak jawatan.

21. 18 Jun – Seramai 10 orang Ahli Parlimen PAS Khamis telah menandatangani satu kenyataan menolak sebarang perbincangan dengan UMNO . Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri menegaskan pakatan pembangkang yang ada sekarang adalah kerajaan perpaduan dan tidak perlu cari yang lain.

22. 18 Jun – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bayangkan tidak akan campur rundingan perpaduan kerana anggap ia adalah inisiatif PAS dan bukannya pakatan pembangkang.

23. 20 Jun – Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali kata PAS tidak berminat untuk berbincang dengan UMNO berkaitan perpaduan buat masa ini.

24. 20 Jun – Kenyataan berbeza, Lim Kit Siang kata beliau tidak menentang UMNO-PAS berbincang tetapi persoalkan apa tujuan dua parti Melayu duduk semeja?

25. 21 Jun – Nik Aziz kata beliau sedia ampun UMNO jika UMNO meminta maaf kerana ‘tikam belakang’ PAS dulu (PAS terpecat dengan sendirinya daripada anggota BN kerana enggan menyokong BN di persidangan Dewan Rakyat).

26. 21 Jun – Nik Aziz ulang pendirian menentang kerajaan perpaduan kerana ia tidak dibawa menerusi saluran yang betul.

27. 22 Jun – Anwar Ibrahim maklumkan bahawa pakatan pembangkang yang selesai bermesyuarat memutuskan tolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN. Anwar kata idea perpaduan tersebut adalah fitnah dan tohmahan jahat UMNO yang terdesak.

28. 22 Jun – Presiden PAS, Hadi Awang kata jika ada perbincangan dengan kerajaan iaitu BN/UMNO ia hanya akan membabitkan isu nasional dan PAS patut diberi hak berbincang. Hadi salahkan UMNO dengan mengatakan bahawa cara UMNO bicarakan soal perpaduan seolah-olah untuk gunakan PAS dan bawa PAS tinggalkan pakatan campuran.

29. 22 Jun – Kenyataan bersama, semua parti dalam pakatan campuran ulangi komitmen untuk terus bersama perkasakan pakatan campuran bagi bentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

30. 22 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terima keputusan pemimpin pembangkang tolak runding perpaduan dan katanya BN hanya sahut cadangan PAS sahaja.

31. 22 Jun – Nik Aziz tarik balik semua kenyataan terhadap Nasharudin selepas bersemuka dan ulangi keputusan pakatan campuran tolak kerajaan perpaduan.

Kesimpulan:

Pemimpin PAS yang berbalah, umumnya mereka memulakan dengan cadangan dan apabila UMNO menghulur tangan secara terbuka, pelbagai syarat dikenakan lantas apabila tidak dipenuhi maka UMNO dipersalahkan. Peliknya, UMNO/BN dituduh buat fitnah dan terdesak…!

Jumlah Anggota Umno Sabah Hampir Setengah Juta
KOTA KINABALU, 4 Feb — Umno Sabah sehingga kini mempunyai anggota seramai 459,817 orang dan angka itu akan bertambah dari semasa ke semasa, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada Khamis malam.

“Umno Sabah akan bekerja keras untuk menambah bilangan ahli dan menggunakan semua peluang dalam program-program bersama rakyat dengan membuka kaunter pendaftaran ahli,” kata Musa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Umno Negeri di sini.

Beliau berkata Umno Sabah akan menggunakan kesempatan Progam Juara Rakyat yang diadakan setiap bulan di semua bahagian untuk mendekatkan parti dengan rakyat dan meraih sokongan rakyat.

– BERNAMA

Juara Rakyat Jelajah Utara Dekati Masyarakat
JERLUN, 5 Feb. – Program Juara Rakyat yang menjadi tema dalam gerakan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mendekati rakyat menjelajah ke utara tanah air apabila pelancarannya di peringkat negeri Kedah akan diadakan.

Program selama dua hari yang bermula hari ini berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, di sini dengan majlis perasmiannya akan disempurnakan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Februari.

Program yang berteraskan ‘kebajikan’ sempena bulan Februari ini akan dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti termasuklah ekspo penerangan bersama rakyat, program gotong royong bersama pemimpin, memberikan fokus dan bantuan kepada golongan kurang upaya, anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan yang kurang berkemampuan.

Sesungguhnya program ini merujuk kepada hasrat untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat.

Lantaran itu, program tersebut adalah hasil daripada kesinambungan Juara Rakyat yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 Januari lepas di Hulu Selangor sebagai tanda bahawa para pemimpin menerima isyarat daripada rakyat untuk terus akrab dan mendampingi masyarakat dalam segala aspek.

Apa yang pasti juga, hasrat ingin menjadi juara adalah keutamaan sebagaimana gagasannya dalam persaingan memenangi hati rakyat malah jika berlaku malapetaka maka yang pertama akan datang membantu adalah kalangan pemimpin dari UMNO/BN sendiri.

Selaras dengan itu, semua masyarakat dan penduduk setempat di kawasan Utara dan kawasan berhampiran agar bersama-sama dalam menjayakan program Juara Rakyat tersebut kerana banyak aktiviti dan manfaat boleh diperolehi.

Berikut adalah atur cara sepanjang program tersebut berlangsung:

5 Feb 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, Jerlun

9.00 am

: Pameran usahawan, Jabatan dan Agensi-Agensi Kerajaan

: Acara sukan rakyat

: Pertandingan Marhaban

: Pertandingan Nasyid

: Pertandingan Burdah (Wanita)

: Pertandingan Aspek Wanita

- Kecantikan Wanita/dandanan diri

- Kuih kering- gubahan, packing dan rasa

8.45 pm

: Forum Perdana Ehwal Islam

6 Feb 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, Jerlun

9.00 am

: Pameran usahawan, Jabatan dan Agensi-Agensi Kerajaan

11.00 am

: Pelancaran Juara Rakyat oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri

2.00 pm

: Menghadiri kenduri di Kg Kolam Tok Arang

2.30 pm

: Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan oleh

YB Dato’ Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

2.30 pm

: Perjumpaan bersama Warga pendidik dalam Daerah Kubang Pasu di Sek. Men. Keb Tengku Bendahara

3.45 pm

: perjumpaan bersama masyarakat Cina di Sek Jenis Keb. Cina Chung Hwa, Kodiang

5.00 pm

: Lawatan ke Kg SiPuteh

5.30 pm

: Menghadiri kenduri rumah Pn. Fauziah Mahmud, AJK Wanita UMNO Bahagian