Kategori Berita Pilihan

Antara Elizabeth Wong dan Fairus Khairuddin

KUALA LUMPUR, 21 April – Krisis dalaman yang melanda PKR membabitkan dua wakil rakyatnya dengan dua kes berbeza turut menerima penyelesaian dengan cara yang tidak adil yang secara jelas menampakkan kepincangan dan sikap pilih kasih merungkai masalah.

Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong menjadi cerita sensasi sejak dua bulan lalu apabila gambarnya yang Pengakuan Elizabeth terhadap gambar separuh bogelnya yang tersebar menyebabkan dirinya sendiri tertekan dan mengatakan menjadi mangsa kepada pihak lain.

Lantaran itu laporan polis dibuat kerana kononnya dia teraniaya. Namun begitu, sehingga ke hari ini siasatan tidak dapat dijalankan dengan lancar berikutan tida kerjasama dari bekas kekasih Elizabeth sendiri. Apa yang jelas, pihak polis menemukan semakin banyak kesalahan moral yang berlaku membabitkan pemimpin PKR tersebut hinggakan dikatakan bekas teman lelakinya adalah lelaki Melayu yang beragama Islam…

Persoalannya, bagaimana mungkin seorang lelaki bersama dengan wanita tanpa hubungan perkahwinan dalam satu ruang peribadi jika tidak dengan kerelaan masing-masing?

Difahamkan juga bahawa bekas teman lelaki Elizabeth adalah antara penasihat kepada orang penting PKR sendiri.

Semakin banyak mereka cuba sembunyikan, maka semakin banyak pula kesilapan yang terbongkar.
Terbaru, tersebar pula gambar-gambar Elizabeth sedang tidur, walaupun lengkap dengan singlet dan pakaian tetapi ia melibatkan ruang peribadinya juga… lantas mengundang persoalan adakah ia juga adalah perbuatan pihak yang tidak dikenalinya?

Setelah dua bulan berlalu dan ADUN Bukit Lanjan bercuti ekoran kontroversi yang melanda, akhirnya dia akan kembali bertugas sedangkan jika difikirkan secara rasional, wajarkah tindakan yang dipilihnya?

Bukan mahu mempertikaikan atau enggan memberi peluang atas soal peribadi tetapi apa yang penting, nilai antara emosi dan moral tidak boleh dicampuradukkan apatah lagi apabila ia melibatkan tanggungjawab terhadap masyarakat.

Walaupun sebelum ini Elizabeth telah menyatakan untuk meletakkan jawatan tetapi pemimpin atasan pakatan campuran enggan melepaskan begitu sahaja, menawarkan menyambung tugasnya kembali.

Kes tersebut ternyata berbeza dengan apa yang menimpa, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ekoran siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Walaupun alasan yang diberi adalah untuk menjaga nama baik parti PKR selain memberi tumpuan kepada pengajiannya, namun sesungguhnya ada perkara lain yang sengaja disembunyikan.

Menilai semula apa yang dilakukan oleh Fairus, sememangnya murni sungguh hasrat beliau apatah lagi demi untuk kepentingan parti kerana bimbang kononnya siasatan SPRM ke atasnya akan turut memberi kesan buruk kepada parti yang didukungnya.

Namun demikian, persoalan yang timbul, mengapakah Fairus tidak memikirkan perasaan rakyat dan masyarakat setempat yang telah memberi amanah dan tanggungjawab kepadanya sebagai wakil rakyat.

Dalam hal ini juga, nilai moral dan etika dalam peribadi wakil rakyat dipertikaikan oleh masyarakat kerana ia sememangnya menyalahi nilai di samping bertentangan dengan budaya masyarakat dan bangsa Malaysia.

Realiti memang tidak boleh disembunyikan. Kalau setakat jadi pemimpin tangkap muat, senang bercakap, sedap didengar tetapi itu bukan jaminan untuk jadi pemimpin yang baik apatah lagi pemimpin contoh.

Dalam hal ini, mengapa rakyat yang dijadikan alat dan mangsa dalam sandiwara politik pakatan campuran khususnya PKR sebagai cubaan untuk terus mengekalkan populariti.

Nilailah sendiri!