Kategori Berita Pilihan

Ancaman Bahaya: Penduduk Kg Bestari Jaya Buat Laporan Polis

Oleh: MOHD FAIZAL MOHD SALLEH.

laporan polis-bestari jaya-kecurian pasirBESTARI JAYA 29 JULAI – Selepas tiada tindakan dibuat selepas pendedahan mengenai ancaman keselamatan yang bakal dialami penduduk Kg Bestari Jaya serta pelajar Unisel bestari Jaya sekiranya perlombongan pasir diteruskan Kumpulan Semesta Sdn Bhd, hari ini wakil penduduk telah membuat laporan polis di Balai Polis Bestari Jaya berhubung masalah tersebut.

Pengerusi JKKP Kg Bestari Jaya, Yeop Mat Sanip berkata, laporan ini dibuat kerana  kegusaran perkara buruk boleh menimpa penduduk dan pelajar Unisel kerana jarak antara lombong pasir dengan rumah penduduk hanya 30 meter sahaja, malah keretakan yang dibaiki sebelum ini, mula meretak kembali.

“Ada tujuh perkara, alasan saya membuat laporan pada hari ini, kita lihat pengeluaran pasir yang dilakukan oleh KSSB itu terlalu berhampiran sangat dengan kawasan perumahan, yang mana penduduk pun dah hampir ada 2 ribu lebih, kemudian ditambah dengan kehadiran pelajar Unisel pun, ada 5-6 ribu di sana,” ujarnya selepas buat laporan polis di Balai Polis Bestari Jaya.

Dalam masa, penduduk mendapati perakuan KSSB, kita nampak mungkin satu masa nanti akan menimbulkan masalah kepada penduduk Kampung Bestari Jaya.

“Apa yang kita nampak dan yang telah berlaku, ada berlaku keretakan rumah, pencemaran air, pencemaran alam sekitar yang kemungkinan benda ini boleh mendatangkan kerugian besar kepada penduduk, termasuk mengancam dari segi keselamatan.

Apa yang kita takut, dia tidak akan tinggal dalam masa jangka masa yang panjang di sana sebaliknya kami penduduk kampung yang akan menerima padah akibat tindakan mereka tersebut,”.

Sehubungan dengan itu, Yeop berharap agar pihak KSSB disiasat pihak berkuasa dan berharap agar KSSB menutup operasi mereka demi kebaikan dan keselamatan penduduk Kampung Bestari Jaya.