Macam-macam Cerita?
Jun 17th, 2009 | By administrator | Category: Sana Sini
KUALA LUMPUR, 17 Jun – Dalam pada rakyat di negara ini yang terkenal mempunyai pelbagai kaum membicarakan mengenai perpaduan serta berusaha menangani kesan kemelesetan ekonomi global timbul pula segelintir pihak yang cuba menangguk di air keruh.
Terbaru, Pengerusi Dap Karpal Singh mengadakan cerita bahawa Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada tahun 1987 ketika di satu perhimpunan umum pernah menghunus keris dengan tujuan mencabar masyarakat cina.
Bukankah ini satu percubaan untuk mencetuskan satu suasana yang tidak selesa antara kaum dan juga usaha untuk menggagalkan konsep Satu Malaysia yang kini diterima dengan baik oleh majoriti rakyat.
Bahkan pendedahan wartawan yang terlibat secara langsung ketika membuat liputan juga menafikan dakwaan Karpal sebagaimana yang disiarkan di dalam akhbar.
Ahli Parlimen Jelutong yang terkenal dengan provokasinya itu, ketika di dalam Dewan Rakyat juga pernah mencetuskan suasana yang genting apabila mencelakakan Pemuda UMNO kononnya ahli sayap parti itu yang mengugut beliau dengan menghantar peluru.
Karpal juga pernah mengatakan ‘langkah mayatnya dahulu jika mahu menubuhkan negara Islam’ tetapi kepimpinan negara pada waktu itu di bawah kepimpinan Tun Mahathir Mohamad tetap mengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Tetapi, di mana suara orang Pas yang kononnya berjuang menubuhkan negara Islam apabila digertak oleh Karpal Singh?
Semua diam membisu sebagaimana kata-kata sinis Karpal yang menyuruh Presiden mereka sendiri bertaubat berhubung tidak jujur kepada pakatan pembangkang mengenai kerajaan perpaduan.
Begitu juga dengan Lim Guan Eng yang mereka bangga-banggakan kerana kononnya menjadikan kepimpinan khalifah Umar Abdul Aziz sebagai ikutan tetapi turut meminta Haji Hadi bertaubat dalam isu yang sama.
Benarkah Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengikut contoh kepimpinan khalifah Umar Abdul Aziz?
Zaman pemerintahan khalifah yang terkenal itu rakyatnya langsung tidak layak menerima zakat kerana semua tidak tergolong dalam golongan asnaf (penerima zakat) tetapi Guan Eng tidak sampai setahun memerintah Pulau Mutiara itu sudah ‘angkat tangan’ mengaku kalah tidak mampu membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.
Siapakah majoriti miskin tegar di negeri itu?
Orang yang berperangai dan sikap seperti itu masih lagi sehingga kini dibela oleh Pas!








