Kategori Utama

Selama 19 Tahun Di Kelantan…

nikazizbolaKOTA BHARU, 30 Jun – PAS menguasi kepimpinan Negeri Kelantan pada 1990 dan hingga kini, dikatakan bahawa pelbagai perubahan gagal dilakukan oleh para pemimpinnya biarpun mempunyai tempoh yang lama dalam pentadbiran.

Walaupun ada pihak yang menafikan kenyataan bahawa pembangunan di Kelantan tetap dilakukan oleh kerajaan Negeri, tetapi hakikatnya, ia terlalu lembap berbanding dengan tempoh pentadbiran yang mereka kuasai.

Lantaran kelembapan tersebut, ramai rakyatnya yang terpaksa keluar dari negeri tersebut dan mencari sumber pendapatan dari negeri-negeri lain termasuklah di Ibu Kota.

Malah difahamkan sebelum ini juga, Menteri Besarnya, Nik Aziz pernah menyatakan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membangunkan negeri tersebut.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri pimpinan PAS juga turut menidakkan bantuan Kerajaan Pusat dalam memberikan peruntukan kepada rakyatnya.

Bukan menghargai apa yang diperuntukkan sebaliknya mengecam kerajaan pusat kerana bantuan yang disalurkan dikatakan tidak mencukupi bagi mereka mentadbir kerajaan.

Sudahlah begitu, kerajaan negeri terbukti gagal dalam mengurus kepentingan dan kebajikan masyarakatnya lantaran kegilaan politik para pemimpinnya khususnya menggunakan kuasa yang ada bagi mengekalkan populariti.

Ekoran asyik bercakap, dan seronok menjaja cerita termasuklah memburuk-burukkan BN dan UMNO sebagai tunjang kerajaan lantas masyarakatnya terpaksa memerah keringat sendiri untuk menampung kehidupan seharian tanpa manifestasi janji-janji manis para pemimpinnya.