Perkukuh UMNO!
Dec 1st, 2009 | By administrator | Category: Utama
KUALA LUMPUR, 1 Dis. – Kekuatan UMNO menjadi tunjang kepada bangsa Melayu dan masyarakat keseluruhannya dalam meneruskan perjuangan untuk melaksanakan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
Lantaran itu, perlu difahami bahawa UMNO berdiri teguh dan terus ampuh sehingga ke hari ini sejak 1946 bukanlah kerana parti pembangkang lemah dan terus dilanda krisis sebaliknya ia adalah hasil kesinambungan pentadbiran dan kepimpinan dengan satu semangat bersama ahli-ahlinya.
Dalam meneruskan perjuangan parti, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun menggariskan landasan yang perlu dilalui oleh ahli-ahlinya bagi, lantas terserah kepada ahlinya untuk merialisasikan apa yang diharapkan.
Tidak dinafikan bahawa sememangnya wujud riak-riak kecil yang secara tidak langsung memberi kesan kepada keseluruhannya namun kelemahan yang ada dikenalpasti lantas tindakan untuk memperbaiki dengan menyelesaikan setiap masalah yang ada dilakukan.
Sesungguhnya kesedaran terhadap kekukuhan parti perlu terus diperkuatkan dan sentiasa bersedia menghadapi pelbagai halangan dalam mengekalkan perpaduan dan kerukunan dalam masayarakat.
Dalam hal ini biar apapun helah pakatan pembangkang dalam cubaan mereka untuk memperoleh kedudukan, pangkat dan kuasa, UMNO/BN tidak pernah terperangkap dan termakan mana-mana agenda mereka malahan fokus utama ke arah kemajuan dan kesejahteraan negara tetap menjadi teras utama.








