Kategori Utama

Negatif…

negatifKUALA LUMPUR, 4 Dis. – Sesungguhnya, dalam menilai apa yang berlaku dalam negara khususnya berkaitan kesejahteraan rakyat, kesyukuran sewajarnya dipanjatkan kerana bukan hanya kesihatan menjadi aspek utama yang dititikberatkan oleh kerajaan dalam melaksanakan misi dan visi sebagai satu perjuangan.

Apa yang pasti, keprihatinan UMNO bersama dengan kompenan Barisan Nasional (BN) sesungguhnya bukan hanya mengkhusus kepada aspek politik sebagaimana yang sering diprovokasikan oleh pihak pembangkang sebaliknya ia meliputi aspek keseluruhan terutama hal-hal yang membabitkan kebajikan masyarakat.

Biarpun pihak pembangkang seringkali memanipulasikan pelbagai isu termasuklah dengan memperalatkan rakyat demi untuk kepentingan politik dan agenda peribadi sendiri namun demikian, BN sebagai kerajaan bertanggungjawab tidak pernah melatah atau bertindak kurang waras sebagai tindakbalas.

Perlu difahami bahawa amanah yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak kemerdekaan lebih 52 tahun lalu bukanlah dilaksanakan dengan sekelip mata atau semudah melepas batuk di tangga tetapi ia disulam dengan jalinan perpaduan di samping kesinambungan kesejahteraan yang berpanjangan.

Dalam menilai apa yang dinikmati hari ini, selamilah semula rentetan perjalanan yang dilalui oleh para pejuang terdahulu dalam melakarkan kejayaan hingga Malaysia hari ini bukan haya cemerlang tetapi juga namanya gah di persada antarabangsa.

Biarpun tidak dinafikan bahawa wujudnya petualang-petualang yang sentiasa cuba menghancurpunahkan keserasian antara pelbagai kaum yang telah menjadi satu kesatuan dalam masyarakat Malaysia, iaitu dengan melemparkan tohmahan, fitnah dan pelbagai tuduhan kepada BN termasuklah UMNO sendiri, tetapi kewajaran menjadi jalan utama.

BN Tidak bertindak sesuka hati atau menggunakan kuasa, pangkat dan kedudukan yang ada sebagai cara untuk menghapuskan para pembangkang yang terang-terangan mempunyai agenda negatif termasuklah memprovokasi untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.

Ambil sahaja contoh, bagaimana tindakan mereka cuba menjadikan Chin Peng yang terang-terangan telah membuat onar kepada negara cuba dianggap sebagai wira lantas menyalahkan kerajaan kerana kesalahan lampaunya.

Ini belum lagi dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dipropagandakan sebagai ganas dan kejam sedangkan realitinya tidak sebagaimana yang digambarkan oleh para pembangkang.

Biarpun telah dijelaskan bahawa ISA akan dipinda lantas meminta rakyat memberikan cadangan bentuk dan acuan bagaimana yang dikehendaki oleh mereka untuk mengubahnya; sewajarnya gunakanlah saluran yang ada iaitu bukan dengan demonstrasi jalanan kerana ISA digubal di Parlimen dan bukan di kaki-kaki lima.

Lantaran itu, nilailah sendiri, kewajaran atau konsep 1Malaysia demi kesinambungan kesejahteraan dan keamanan bersama dalam mengekalkan kemerdekaan untuk kesekian kalinya.