Jangan Hanya Tahu Kritik…

Dec 23rd, 2009 | By administrator | Category: Sana Sini

smiley confuseISU membabitkan kehilangan dua enjin jet pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah antara isu yang menjadi sensasi sejak kebelakangan ini apatah lagi ia telah menjadi seakan batu loncatan kepada pihak pembangkang untuk menghentam kerajaan.

Biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah berhasrat untuk cuba menyembunyikan hal berkaitan kes kehilangan tersebut malah laporan telah pun dibuat kepada pihak polis sebaik sahaja menyedari kehilangannya.

Namun demikian, penjelasan yang diberikan oleh Datuk Seri Najib tidak diambil peduli lantas pihak pembangkang dengan beberapa pemimpin kanannya menghambur pelbagai spekulasi dan propaganda atas cubaan ‘memanaskan’ lagi hal tersebut.

Apa yang pasti tindakan sedemikian tidak membantu menyelesaikan masalah tetapi sebaliknya, malahan ia menjadi bahan hentaman kepada media pembangkang yang ternyata mendapat ruang untuk mempertikai dan memburukkan pentadbiran kerajaan pusat sendiri.

Sehubungan itu, dalam perkembangan tersebut Datuk Seri Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan tidak bersikap lepas tangan sebaliknya kebertanggungjawaban beliau atas amanah negara dipikul dengan sebaiknya.

Malahan beliau turut menyelar pihak yang bertindak sedemikian sebagai pengkhianat dan penderhaka kepada negara sedangkan sewajarnya mereka menjaga keselamatan dan kepentingan tetapi sebaliknya telah belot kepada negara.

Lantaran itu, siasatan yang dilakukan dibuat secara terperinci dan lengkap malahan pejabat Peguam Negara sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia harus dibuka kepada umum melalui tindakan mahkamah.

Justeru, biarlah pihak bertanggungjawab menjalankan tugasnya tanpa gangguan dan spekulasi dari pihak yang mahukan keuntungan daripada cerita-cerita tersebut!

Leave Comment

You must be logged in to post a comment.