Sampai Bila…
Dec 27th, 2009 | By administrator | Category: Utama
KUALA LUMPUR, 27 Dis. – Banyak pihak yang sedar bahawa pakatan campuran yang menggabungkan tiga parti mempunyai agenda dan kepentingan sendiri bukan hanya dalam merialisasikan matlamat parti tetapi juga mengambil kesempatan atas populariti masing-masing bagi menegakkan idealogi sendiri.
Sebenarnya bukan hanya masyarakat umum yang sedar bahawa PAS sekadar ‘kuda tunggangan’ kepada dua parti lagi untuk mendapatkan proksi dan mencapai impian mereka demi kedudukan, pangkat dan kuasa malahan para penyokong dan ahli-ahlinya sendiri sedar realiti yang terjadi.
Namun demikian, malangnya para pemimpin atasan terus-terusan dibuai mimpi dengan retorik politik dan kata-kata manis atas nama perkongsian kuasa.
Atas kesedaran terhadap apa yang berlaku inilah maka sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu.
Mereka turut mendakwa bahawa PAS sentiasa dikesampingkan dalam perkembangan semasa termasuklah pentadbiran negeri biarpun hakikatnya mereka juga mempunyai hak untuk bersuara dan memeberikan pendapat.
Pastinya, ramai ahli-ahlinya sedar bahawa segala janji-janji yang diluahkan ketika penggabungan antara tiga parti PAS, DAP dan PKR yang bertentangan idealogi semasa mahu menghadapi pilihan raya umum lalu hanya palsu belaka malah mereka mengambil kesempatan atas apa yang PAS miliki.
Sewajarnya perlu difahami bahawa PAS semakin tersepit antara permintaan ahlinya atau memenuhi kehendak rakan sekutu… namun hakikatnya sampai bilakah para pemimpin mereka sanggup terus memikul beban?








