Kategori Utama

Juara Rakyat Jelajah Utara Dekati Masyarakat

JERLUN, 5 Feb. – Program Juara Rakyat yang menjadi tema dalam gerakan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mendekati rakyat menjelajah ke utara tanah air apabila pelancarannya di peringkat negeri Kedah akan diadakan.

Program selama dua hari yang bermula hari ini berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, di sini dengan majlis perasmiannya akan disempurnakan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Februari.

Program yang berteraskan ‘kebajikan’ sempena bulan Februari ini akan dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti termasuklah ekspo penerangan bersama rakyat, program gotong royong bersama pemimpin, memberikan fokus dan bantuan kepada golongan kurang upaya, anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan yang kurang berkemampuan.

Sesungguhnya program ini merujuk kepada hasrat untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat.

Lantaran itu, program tersebut adalah hasil daripada kesinambungan Juara Rakyat yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 Januari lepas di Hulu Selangor sebagai tanda bahawa para pemimpin menerima isyarat daripada rakyat untuk terus akrab dan mendampingi masyarakat dalam segala aspek.

Apa yang pasti juga, hasrat ingin menjadi juara adalah keutamaan sebagaimana gagasannya dalam persaingan memenangi hati rakyat malah jika berlaku malapetaka maka yang pertama akan datang membantu adalah kalangan pemimpin dari UMNO/BN sendiri.

Selaras dengan itu, semua masyarakat dan penduduk setempat di kawasan Utara dan kawasan berhampiran agar bersama-sama dalam menjayakan program Juara Rakyat tersebut kerana banyak aktiviti dan manfaat boleh diperolehi.

Berikut adalah atur cara sepanjang program tersebut berlangsung:

5 Feb 2010
Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, Jerlun

9.00 am
: Pameran usahawan, Jabatan dan Agensi-Agensi Kerajaan
: Acara sukan rakyat
: Pertandingan Marhaban
: Pertandingan Nasyid
: Pertandingan Burdah (Wanita)
: Pertandingan Aspek Wanita
- Kecantikan Wanita/dandanan diri
- Kuih kering- gubahan, packing dan rasa

8.45 pm
: Forum Perdana Ehwal Islam

6 Feb 2010
Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, Jerlun

9.00 am
: Pameran usahawan, Jabatan dan Agensi-Agensi Kerajaan

11.00 am
: Pelancaran Juara Rakyat oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri

2.00 pm
: Menghadiri kenduri di Kg Kolam Tok Arang

2.30 pm
: Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan oleh
YB Dato’ Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

2.30 pm
: Perjumpaan bersama Warga pendidik dalam Daerah Kubang Pasu di Sek. Men. Keb Tengku Bendahara

3.45 pm
: perjumpaan bersama masyarakat Cina di Sek Jenis Keb. Cina Chung Hwa, Kodiang

5.00 pm
: Lawatan ke Kg SiPuteh

5.30 pm
: Menghadiri kenduri rumah Pn. Fauziah Mahmud, AJK Wanita UMNO Bahagian