Program Juara rakyat ini berlangsung pada 12 hingga 14 Mac bermula pukul 8.30 pagi hingga 10.30 malam bertempat di padang bola sepak Kampung Setia, Kuang.
Dalam kenyataan akhbarnya di sini hari ini, program ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi perhubungan di antara masyarakat di sekitar pekan ini.
Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang tiga hari program ini berlangsung antaranya pemeriksaan kesihatan, sukan rakyat, pertandingan gubahan dan pertandingan memasak.
Selain itu, program untuk golongan pelajar dan belia akan turut diadakan seperti ceramah motivasi Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan ceramah kerjaya oleh wakil Jabatan Tenaga Kerja.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi 03-6038 4167 atau terus ke pusat perkhidmatan wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang.